Oct 10, 2005
suatu petang di waktu itu...

Hari ini sudah seminggu aku berpuasa. Ini bererti juga sudah seminggu kita melewati hari yang penuh berkat ini. Sekaligus membuatkan aku lebih dekat dengan diri sendiri dan Allah yang menjadikan aku...
Makanya aktiviti seharianku tetap seperti biasa. Menghantar surat-surat seperti mana kerja seorang despath. Walaupun dalam bulan puasa begini dugaannya lebih sedikit, bebanan kepananasan dan kedinginan cuaca adakalanya benar-benar mencabarku. Tetapi demi sebuah kehidupan aku harus meneruskan dengan seadanya.


"Cari je kerja lain, tak adala berpanas hujan macam ni setiap hari?" leter Din ketika aku dan dia berbuka puasa di mc donald semalam.
"Ala aku senang kerja macam ni. Tak jadi hal lah soal panas hujan ni,"
"Tapi kalau kau sakit?"
"Aku ambil mc la..."
"Senangnya kau cakap...,"
"Ala Din, jangan risaulah,aku dah biasa dengan semua ni. Aku kerja pun sekadar nak timba pengalaman,"
"Kau tak suka ke aku ambil berat kat kau?"
"Suka... sukaaa saaaangat. Tapi dah kerja aku macam ni, nak buat camne kan?"


Din diam. Kami terus leka menghadap hidangan masing-masing. Aku sekadar menjamah hidangan filet o fish. Din dengan bubur ayamnya.

"Nampaknya sebulan lah kita hanya berbuka kat luar ye?"
"Buka kat rumah pun boleh jugak. Tengok keadaan lah.." balasku.
"Tapi tak bestlah kalau sekadar berbuka je. Nak jugak buka benda lain...,"
"Sori Din, kan kita dah bincang benda ni. Sebulan ni aku tak nak terlibat dengan aktiviti yang macam tu. Aku harap kau faham...,"
"Okey, aku faham, tapi kadang-kadang tu rindu gak nak peluk kau?"
"Tak apa, lepas raya nanti kau peluklah puas-puas...,"

Sedang leka berbual, bahu aku dicuit seseorang. Pantas aku berpaling. Wajah aku berubah. Din pun seperti terkejut...
"Hei, u tak kenal i ke? "
Aku garu kepala. Memang tak kenal. Blur.
"Siti la..."
"Siti?"
"Sampainya hati..."
"Sori..."
"Laa Siti yang langgar u dua minggu lepas,"
Oh, baru aku teringat. Dua minggu lepas, minah seksi ni hampir terlanggar aku. Dia tiba-tiba masuk lorong ketika aku sedang bersiap nak memecut. Makanya tergolek dog lah aku...

"Ok,  i dah ingat. So datang ni nak berbuka posa ke?"
"Yup, cadang nak buka kat umah tapi jem lak kat sini. So cari mc d je lah...,"
"Jomlah join kita orang. Ni Din, kawan i?"

Siti senyum lebar. Dia letak set filet o fishnya kat sebelah aku. Din mula buat muka.
"Eh sama lah kita yek, sama-sama minat filet o fish..."
Aku senyum nipis. Siti menjeling manja. Sedangkan Din sudah panas punggung...


Posted at 11:10 pm by adammikael
Comment (1)  


******************************


Oct 3, 2005
malam yang hangat...



Abis keje kul 5.30, aku sudah bersiap nak balik umah. Malam ni ada kenduri kat Shah Alam. Mak saudara aku buat kenduri sempena nak sambut bulan posa. Nampak gayanya aku terpaksalah jadi penanggah la. Layan tetamu. Basuh pinggan. Maklumlah anak buah kesayangan. Sepupu aku yang lain semua perempuan, so aku lah mangsa mereka nak arah itu ini. Tapi tak apa, aku buat semua itu dengan sukarela...
   

Dengan asyik mengemas itu ini, Din datang dari belakang. Dia pegang pinggang aku. Terkejut beruk aku. Terlatah aku sekejab. Gelak besar Din bila aku terlatah begitu. Geram sekejab aku. Mujur tak ada orang yang dengar. Kalau tidak malu aku.... pulak tu mencarut orang punya...

"Kalau ye pun sebutlah yang sendiri...."
"Hehehe, dah biasa...,"
"Macam fikirkan yang tu je?"
"Eleh, cakap orang, kaupun sama...<"
Din diam.
Dia duduk di kerusiku. AKu terus mengemas barang-barangku yang berselerak di meja.
"Kita tengok wayang nak malam ni?"
"Malam ni?"
"Iyalah... kita tengok Flight Plan,"
"Sori aaa... aku ada hal lah...,"
"Ala jomlah...,"
"Tak leh lah Din, aku memang ada hal... dah janji dengan orang ni,"
"Ko ada date dengan orang lain ke?"
"Tak lah, nak gi kenduri..."
"Aku ikut?"
"Jomlah...,"

Aku ingatkan Din main-main. Rupanya bersungguh dia nak ikut. Aku tak ada pilihan lain bila Din dah kata macam tu. Terpaksalah aku tunggu Din datang jemput aku kat rumah.
Tapi ok jugak Din datang, boleh bantu aku. Tak adalah penat sangat nanti.


Jam 6.30 petang, Din dah muncul dengan bergayanya. Siap berbaju melayu ungu. Hensem pulak tu... aku yang mulanya hanya berbaju melayu dengan jeans terasa bersalah dengan penampilan yang selekeh ku itu, terus menukar baju sepasang. Kali ini aku memilih baju melayu teluk belangga. Warna krim lagi tu.

"Hensemnya buah hati aku ni," ucap Din seraya mencubit pipi aku. Aikk, biar betul... manja semacam lak dia ni. Tapi seronok gak coz dah lama orang tak cubit pipi aku. Dulu masa kecil adalah...
"Ko pun apa kuranglah..." balasku memuji Din. Aku cubalah nak picit pipi Din macam mana yang dia buat kat aku. Rupanya baru je aku tangan aku nak menyentuh pipinya, Din dah menarik aku dalam pelukannya. Berderau darah aku...


"Lepas kenduri nanti, aku tidur umah ko ye?" bisik Din ketika nafas kasarnya menyentuh leherku. Aku kehilangan kata-kata. Dalam hati bercelaru. Sangkaku, aku yang berani mati, rupanya Din lagilah... Alamak habislah aku malam ni....




 


Posted at 09:12 am by adammikael
Comment (1)  


******************************


Sep 30, 2005
kebetulan atau takdir



Aku tidak menjawab apa-apa tentang permintaan Din itu. Sebenarnya aku terasa kelakar campur hairan dengan permintaannya itu. Apa hal pulak tetiba nak aku jadi lover dia? Apa tujuannya? Bukankah dia dah ada awek cun yang saban petang duduk menunggunya di tepi pejabat aku. Tak cukup lagi ke  dengan awek yang meletup macam tu? Dah buang tebiat ke mamat sorang ni?

"Liza, cabar aku...,"
"Cabar engkau?"
"Dia suruh aku ngorat kau?"
"Laaa, apa ke halnya u all ni?"
"Entah... akupun tak tahu. Katanya kau ni ada sesuatu,"
"Dah tu kau ikut je lah kata gila Liza tu?"
"Dah dia cabar aku, aku ikut je lah..."
"Kot ye pun logik la sikit. Apa motif kau nak sahut cabarannya itu?"
"At least dapat juga aku rapat dengan kau..."
"Eh, apa lak ni...?"
"Ala, kita try seminggu je... lepas tu kita biarkan masa menentukan,"

Itulah kata Din yang membuatkan aku tidak boleh tidur malam. Ikutkan memang best dapat jadi lover Din seminggu ni, tapi aku takut benda lain pulak yang jadi. Aku ni tak leh dikira sangat, kalau datang gilanya, boleh terlingkup dunia ni. Lagipun Din tu aku tak tahu setakat mana boleh berlakon sebagai lover?

"Kau nak jadi lover setakat mana?"
"Macam orang lain lah. Pergi kerja aku jemput. Balik aku hantar. Pergi makan, tengok wayang. Dating..."
"Tu je?"
"Tu lah yang selalu aku buat dengan Liza!"
"Tapi kalau kau jadi lover aku, aku nak cara lain...,"
" Cara apa lak?"
"Seminggu ni aku stay ngan kau...?"
"Aku no hallah. Aku je,"
"Tapi jangan terkejutlah kalau aku bertindak nakal bila kita tidur sekatil nanti...,"
"Tak apa, seminggu aku milik kau, kau boleh buat apa sahaja..."


Durian runtuh ke ni? Apapun kesempatan ini tak mungkin aku lepaskan. Buat Liza, selepas ni jangan meraung lak ye, bila Din tak nak kau lagi. Aku bukan akan jadi kekasih seminggunya tetapi akan berminggu-minggu jadinya. Hehehe...



Posted at 12:19 am by adammikael
Make a comment  


******************************


Sep 25, 2005
satu persoalan...

Din marahkan aku!!! inilah persoalan yang membuatkan aku seperti tidak mempercayai. Aku sememangnya tidak ambil peduli sangat bila dia mengajak aku sarapan. Lagipun aku anggap semua itu hanyalah ajakan yang biasa. Aku mana pernah bersarapan. Kebetulan pula pada hari Din sms aku tu, aku memang tak akan berada di opis. Aku sebenarnya bercuti. Balik kampung seorang kawan baik aku. So, bila aku masuk opis pagi ni, Din seakan nak menerkam aku. Dan bila dia katakan, aku tipu dia, lagilah aku bengang. Apa hal pulak mamat ni, dah buang tebiat ke? "Kalau tak nak bersarapan sama, cakap je lah. Tak adalah aku tertunggu-tunggu!" sindir Din ketika aku meletakkan helmet di mejaku. "Aku cuti la... balik kg!" jawabku acuh tak acuh. "Kau balik dengan Amir kan?" "Iyalah, aku balik kampung dia...," "Dengan Amir kau ok lak, dengan aku...," "Kau ni apahal sebenarnya.... dahlah... jomlah kita minum kat bawah, " aku segera keluar. Nak tahu jugak apa sebabnya Din tiba-tiba naik angin. Sampai dikaitkan dengan Amir tu apahal? "Kau cakap nak makan apa, aku belanja kau pagi ni, " beritahu aku setelah Din duduk di kerusi di depanku. Muka Din yang bujur sirih dengan misai teruna tu aku renung dengan perasaan keliru. Din kelihatan tidak selesa bila aku pandangnya. Dia tunduk merenung hujung kasutnya. "Aku nak kau tolong aku...," "Tolong kau?" "Tolong jadi lover aku!" Hendak tersedak aku mendengar kata-kata Din itu. Mujur aku tak sempat nak menghirup teh tarik yang masih panas itu. Kalau tidak tentu mandi teh tariklah Din pagi ni. "Aku serius ni, jadilah lover aku dalam seminggu ni. Seminggu je. Pleaselah...," rayu Din lagi. Aku pandang Din. Kali ini Din tidak mengelak daripada membalas renungan tajam aku itu. Dan kali ini aku pulak yang diburu gementar bila renungan Din itu terselit seribu satu perasaan aneh di hatiku. Alamak, apa semua ni....?


Posted at 09:25 pm by adammikael
Make a comment  


******************************


Sep 22, 2005
satu pagi yang panjang...

... tetiba saja aku merasakan serba tak kena. Paling membuatkan aku hampir sahaja tidak mahu bergerak dari tempat tidur apabila sms dari Din masuk bertalu-talu. Din yang selama ini kusangkakan bukan 'sesuatu' tiba-tiba hantar sms tepat jam 5 pagi. Dia kata dia rindukan aku! Hmmm, bukankah itu sesuatu yang tidak masuk akal? Apasal lak antar sms macam tu kat aku? Dah buang tebiat ke mamat sorang ni? Aku yang masih terpisat-pisat lantaran masih mengantuk, terus segar mata dan jari terus pantas membalas sms Din...
Dan apabila aku katakan aku juga rindukannya, maka sms dari Din semakin 'meriah' masuk. Tapi aku tidaklah terlalu taksub atau mudah kembang hati. Lagipun aku tidak mahu terlalu cepat terpesona dengan sms Din tu. Buatnya dia sekadar ingin mengujiku, tidaklah haru bila aku pulak yang terlebih sudu dari kuah?
"Pagi ni kita breakfast sesama yek, aku tunggu kau kat restoran mamak depan opis," kata akhir dari sms Din. Aku tidak menjawab sms tersebut. Mata masih berat. Lalu tanpa sedar aku kembali tertidur. Tapi entah apa sialnya, aku mimpikan Din pulak. Hantu betul... kena mandi wajib pulak dah...


Posted at 01:33 am by adammikael
Comments (5)  


******************************


Salam perkenalan...




Aku antara insan yang sekadar menjadi erti hidup. Dalam kemelut kotaraya Kuala Lumpur ini sering kali aku tersepit dengan sikap manusia yang hipokrit. Pun begitu semua itu bukanlah kudis untuk melukakan aku. Segala yang aku lalui mematangkan aku. Lebih-lebih lagi masih ada yang sudi berkongsi keresahan dan remuk rendam. Buat yang mengerti, izinkanlah aku melontarkan sebuah catatan yang mungkin ada sesuatu untuk dikongsi bersama...


Posted at 12:39 am by adammikael
Comments (4)  


******************************



© wordweave 2004-2005
at first glance

Archives
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Reads


Adam Mikael

SEKILAS TENTANG DIRIKU...

~Adam Mikael~
~23 Tahun~
~Kuala Lumpur~
~Despatch~
~178 cm~
~62 kg~
~Bi~

ADAM MIKAEL E-MAIL

adammikael05@hotmail.com

Contact

   
Contact Me

Extras


Who links here

rss feed
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Lost in Red

Blogdrive